Pada awalnya saya telah mendapat tukang rumah yang dikenali. Namun disaat akhir ada sedikit masalah dan saya perlu mencari tukang yang yang lain (Saya dan suami terpaksa ke hulu ke hilir untuk mencari tukang yang boleh diharap dan harga mampu milik). Di sini, saya dan suami DIUJI LAGI, namun ujian ini adalah yang terbaik. Allah nak temukan saya dengan tukang yang lebih baik. Alhamdulillah Allah permudahkan.( Terima kasih abang ipar@ Melor Hardware kerana rakeman tukang yang terbaik) Setelah perbincangan dibuat dari sudut harga dan kami bersetuju dengan harga upah yang ditetapkan alhamdulillah. Oh ya! HARGA UPAH TUKANG rumah untuk rumah setingkat bawah, rumah bertiang tinggi dan rumah dua tingkat adalah bebeza....So uolss yang bercadang nak bina rumah sendiri kena fikirkan terlebih dahulu. Macam saya dan suami pada awalnya ingatkan harga upah adalah sama ( So Sad).So dah lari budget disitu.
Gambar: Meminta Pandangan Pak Cik Untuk Permulaan Projek Dan
Perbincangan Dengan Tukang Rumah
Rumah Pekerja Dan Stor Barang
Sebelum mula projek, memandangkan pekerja ada dari Rohingya saya telah membina rumah kongsi untuk perkerja dan stor untuk simpan barang. Nampak je kecik tapi bagi saya macam mahal je stor ni. Semua perbelanjaan kena dibuat dengan berhemah.
Gambar: Rangka Rumah Kongsi / Stor
Pemasangan Elektrik
Sebelum Elekrik sendiri diluluskan oleh pihak TNB saya telah meminjam elektrik dari rumah jiran yang berdekatan. Alhamdulillah jiran yang baik kerana membenarkan saya untuk meminjam elektrik dari rumah beliau sehingga elektrik sendiri ada. Proses kelulusan dari TNB memakan masa juga dan bulan kedua proses baru mendapat kelulusan.
Pemasangan meter elektrik perlulah menggunakan kontraktor elektrik yang mempunyai kompeten pendawai. Saya mendapat rekemen dari anak buah sendiri...harga boleh dirunding dan senang berurusan. Harga semua nanti saya update kemudian.
Kelulusan TNB
Solat Hajat
Sebelum kerja-kerja pembinaan bermula kami telah memanggil jiran terdekat untuk urusan solat hajat, semoga Allah memudahkan memberkati urusan ini. Aaminn
Gambar: Pagi Yang Berkat Untuk Solat Hajat
No comments:
Post a Comment