Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk saya mengabadikan perjalanan dan liku-liku dalam menguruskan "HOME SWEET HOME" saya dan suami. Alangkah bahagianya bila impian yang selama ini dipendamkan, akhirnya akan direalisasikan nanti. INSYAALLAH......Moga Allah memudahkan impian dan perjalanan pembinaan "HOME SWEET HOME" kami.
Memandangkan saya dan suami bukanlah dari latarbelakang dalam bidang PEMBINAAN, maka banyak rujukan yang saya buat seperti membaca blog-blog berkaitan membina rumah, bertanya kepada rakan-rakan yang telah membina rumah sendiri dan saya banyak bertanya makcik dan pakcik google.Alhamdulillah dengan ada rujukan tersebut maka barulah saya dan suami berani dan yakin untuk membuat keputusan untuk menguruskan sendiri BANGLO IDAMAN kami ini.
Lokasi tapak banglo idaman saya adalah di daerah Kota Bharu. Alhamdulillah tapak rumah ini adalah pemberian hadiah dan kasih sayang dari arwah ayahanda. ( Banyak pengalaman yang diperolehi semasa urusan pindah milik tanah) Saya taknak cerita pasal urusan pecah milik tanah ini.Tapi pengalaman ini banyak mengajar saya tentang erti sabar.(Kalau ada yang nak tau pasal pecah milik tanah ini nanti saya akan kongsikan) INSYALLAH.
Gambar: Proses Membersih Tanah
No comments:
Post a Comment