26.12.2016 Sehingga tarikh tersebut progress pembinaan banglo idaman saya ada lah mengikut progress.Sebanyak 14 tiang telah dinaikan.Walaupun sekarang adalah musim banjir di pantai timur namun pekerja pekerja bertungkus lumus untuk menyiapakan mengikut perancangan dan diikuti dengan proses kerja perlantaian bahagian depan rumah.
Gambar: Bahagian tiang yang disiapkan
Gambar: Sebahagian gambar bahagian depan rumah
Selesai bahagian depan rumah, saya dan suami dapat melihat bahagian depan untuk dijadikan tangga utama banglo idaman ini. Oleh kerana banglo idaman kami adalah rumah bertiang tinggi, banyak segi aspek yang perlu difikirkan. Saya dan suami tak nak tangga yang tak mesra pengguna. Tak nak kecerungan tangga terlampau cerung dan tinggi. Oleh itu saya dan suami telah berbincang dengan tukang, nanti keadaan tangga adalah berbeza sikit dengan keadaan plan asal. So tunggu dan lihat je lah nanti macamana kejadian tangga banglo idaman kami nanti.
Gambar: Muka Hadapan Untuk Dijadikan Tangga Utama
Gambar: Tukan Sedang Mengukur Bahagian Untuk DiJadikan Tangga
No comments:
Post a Comment