Tuesday, 15 November 2016

12. PROSES MEMBINA BEAM ATAS/PELANTAIAN

10 November 2016, Proses ini adalah membina kerangka beam atas yang mana ianya adalah untuk support pelantaian rumah idaman saya nanti.Memandangkan bulan ini adalah musim hujan di pantai timur, pembinaan adalah terlalu perlahan. Untuk mendapat pasir amatlah susah pada bulan ini. Jadi progress pembinaan adalah sangat perlahan.

Gambar: Menunggu untuk kerangka beam atas dan pelantaian

11. MEMBINA TIANG BAWAH

Memandangkan rumah idaman saya adalah rumah Ala Tradisional Tinggi / Bertiang tinggi, selepas siap Ground Beam Bawah tukang menyambung kerja untuk membuat tiang bahagian bawah. Bahagian tiang bawah ini menggambil masa sedikit. Bagi rumah banglo setingkat biasa selepas tiang utama didirikan dah boleh naikkan dinding rumah,tetapi untuk rekabentuk macam rumah idaman saya tiang tiang bawah ini memakan masa dan kos (huk huk huk). Alhamdulillah tukang saya memang cepat membuat kerja. Progress mengikut masa yang dirancang.

                            Gambar: Tiang tiang sokongan yang akan support pelantaian rumah nanti

Gambar: Sebanyak 32 buah tiang yang didirikan



Monday, 14 November 2016

9. PROSES PAD FOOTING DAN TIANG STUMP

Proses membuat pad footing dan tiang stump dijalankan mengikut draf masa yang telah dirancang dan menggunakan Reinforced concrete. Besi untuk footing dan tiang stump diletakkan ke dalam lubang yang dikorek sebelum ini dan kedudukan footing dan tiang di setting  pada kedudukan sebenar sebelum kerja konkrit dilakukan. Sebanyak 34 pad footing dan tiang stump berjaya dibuat. ALHAMDULILLAH.

Gambar: Kepala Tukang Sedang Mengset Kedudukan besi pad footing dan stump yang telah disetting mengikut pelan
 
Gambar: Pad footing dan stump sebelum di konkrit 

Gambar: Simen Bancuh (Simen Buyung) Dari Kilang dimasukkan ke dalam lubang

 

                                        


8. KERJA-KERJA CEGAH ANAI-ANAI

Memandangkan tanah tapak rumah saya adalah bekas tapak sawmill, maka saya perlu berhati-hati dalam urusan kawalan pencegahan serangga, bak kata pepatah 'Mencegah Lebih Baik Dari Merawat'. Saya telah menggunakan Racun Anai-Anai dan Garam untuk mencegah kehadiran anai-anai perosak nanti.Ikhtiar mana yang patut.






7. PROSES KERJA-KERJA BESI DAN KOTAK BEAM

Pada masa yang sama, tukang rumah dan pekerja membuat kerja memotong, membengkok dan mengikat besi untuk digunakan pada pad footing, tiang dan beam dan kerja kerja membuat kotak beam mengguna Playwood.Saya tidak dapat memberitahu dengan detail besi jenis apa yang di pakai memandangkan urusan ini telah saya serahkan kepada anak saudara.(Nanti bill sampai baru boleh tau dengan lebih detail)
 
 







6. PROSES MENGOREK LUBANG 'PAD FOOTING'

Pada 26 September 2016 , selepas kedudukan tapak asas rumah selesai ditanda, kerja mengorek/ menggali lubang untuk pad footing dijalankan menggunakan mesin Case yang disewa dengan kadar RM450.00 sehari. Lubang digali sedalam 3-4 kaki untuk dijadikan tapak asas rumah ini. Keseluruhan rumah idaman ini mempunyai sebanyak 32 tiang dan 2 tiang utama bahagian depan.

                                                Gambar: Keadaan tanah huk huk huk

                                          Gambar: Lubang Yang Di gali Untuk Dijadikan Asas

                                            Gambar: Lubang Yang Digali Menggunakan Case

5. SIDE RAIL

Pada 22.09.2016 , kerja-kerja membuat side ralle di kawasan tapak rumah telah selesai dilakukan untuk menentukan lokasi tapak rumah seperti yang telah ditunjukkan di dalam pelan. Berikutnya kerja menentukan tempat pad footing berdasarkan ukuran dalam pelan dijalankan dengan menanda ukuran di atas kayu 1x2 (side rail). Dengan menggunakan tali benang, tempat pad footing ditanda dengan kayu penanda sebelum kerja menggali lubang dijalankan.

                                          Gambar: Side Rail yang Telah Siap Dipasang

                                          Gambar: Suami Meninjau Progress Pembinaan

4. KERJA-KERJA SAMPINGAN SEBELUM PROSES PEMBINAAN

Perbincangan Dengan Tukang Rumah.

Pada awalnya saya telah mendapat tukang rumah yang dikenali. Namun disaat akhir ada sedikit masalah dan saya perlu mencari tukang yang yang lain (Saya dan suami terpaksa ke hulu ke hilir untuk mencari tukang yang boleh diharap dan harga mampu milik). Di sini, saya dan suami DIUJI LAGI, namun ujian ini adalah yang terbaik. Allah nak temukan saya dengan tukang yang lebih baik. Alhamdulillah Allah permudahkan.( Terima kasih abang ipar@ Melor Hardware kerana rakeman tukang yang terbaik) Setelah perbincangan dibuat dari sudut harga dan kami bersetuju dengan harga upah yang ditetapkan alhamdulillah. Oh ya! HARGA UPAH TUKANG rumah untuk rumah setingkat bawah, rumah bertiang tinggi dan rumah dua tingkat adalah bebeza....So uolss yang bercadang nak bina rumah sendiri kena fikirkan terlebih dahulu. Macam saya dan suami pada awalnya ingatkan harga upah adalah sama ( So Sad).So dah lari budget disitu.


                                        Gambar: Meminta Pandangan Pak Cik Untuk Permulaan Projek Dan   
                                                       Perbincangan Dengan Tukang Rumah

Rumah Pekerja Dan Stor Barang

Sebelum mula projek, memandangkan pekerja ada dari Rohingya saya telah membina rumah kongsi untuk perkerja dan stor  untuk simpan barang.  Nampak je kecik tapi bagi saya macam mahal je stor ni. Semua perbelanjaan kena dibuat dengan berhemah.

                                                   Gambar: Rangka Rumah Kongsi / Stor
Pemasangan Elektrik

Sebelum Elekrik sendiri diluluskan oleh pihak TNB saya telah meminjam elektrik dari rumah jiran yang berdekatan. Alhamdulillah jiran yang baik kerana membenarkan saya untuk meminjam elektrik dari rumah beliau sehingga elektrik sendiri ada. Proses kelulusan dari TNB memakan masa juga dan bulan kedua proses baru mendapat kelulusan.

Pemasangan meter elektrik perlulah menggunakan  kontraktor elektrik yang mempunyai kompeten pendawai. Saya mendapat rekemen dari anak buah sendiri...harga boleh dirunding dan senang berurusan. Harga semua nanti saya update kemudian.


Kelulusan TNB


Solat Hajat

Sebelum kerja-kerja pembinaan bermula kami telah memanggil jiran terdekat untuk urusan solat hajat, semoga Allah memudahkan memberkati urusan ini. Aaminn


Gambar: Pagi Yang Berkat Untuk Solat Hajat





3. KERJA-KERJA PERSEDIAAN TAPAK RUMAH

Tapak rumah idaman saya sebelum ini merupakan tapak sawmill dan sudah lama terbiar. Sebelum ini arwah ayah bercucuk tanam pisang, ubi dan tanaman kampung. Namun setelah ketiadaannya tapak ini terbiar dan dipenuhi dengan semak samun dan selepas pengesahan untuk membuat tapak rumah  saya telah menyewa 'case' sehari untuk tujuan pembersihan tapak dan kawasan sekitar. Sebanyak RM450.00 untuk menyewa 'case'berkenaan. Untuk urusan tersebut saya menyerahkan kepada anak buah saya untuk urusan dengan tuan 'case' memandangkan saya dan suami agak sibuk dan kurang kenalan dalam urusan ini.

                                                       Gambar: Jalan Masuk Utama

                                                 Gambar: En.Suami memantau projek

Gambar: Proses Menambung Dan Kebenaran MDK

2. PELAN RUMAH

Perkara UTAMA yang perlu dibuat sebelum kerja-kerja pembinaan rumah idaman adalah membuat lakaran rumah. Pelan rumah "HOME SWEET HOME"  ini adalah 100% idea saya dan suami.Ini adalah salah satu sebab saya dan suami ingin menguruskan pembinaan sendiri yang mana kita bebas menggunakan idea kita,merekabentuk pelan rumah mengikut keinginan dan naluri fikiran kita sendiri berbeza dengan membeli rumah dari pemaju. Jadi KEPUASAN ada disitu.

Mengikut prosedur yang ditetapkan, langkah pertama adalah memohon kelulusan Kebenaran Merancang daripada Majlis Daerah Ketereh (MDK) kerana tanah saya di bawah kawalan majlis tersebut terlebih dahulu. Oleh yang demikian, sebelum memohon saya perlu menggunakan khidmat Pelukis Pelan bertauliah untuk menguruskan proses penyediaan pelan rumah sehingga memperolehi kelulusan daripada MDK. Saya menggunakan khidmat Pelukis Plan dari Pasir Puteh memandangkan saya berkerja di daerah tersebut dan ini akan memudahkan saya dan suami untuk berurusan.

Namun dalam urusan melukis PELAN saya dan suami GAGAL dalam menguruskan hal ini. GAGAL yang saya maksudkan adalah saya terpaksa membuat perubahan pelan yang telah siap dilukis dan telah LULUS. Saya terpaksa membayar dua kali untuk urusan pelan sahaja. Pada mulanya pelan asal adalah Pelan rumah banglo setingkat namun setelah saya berfikir panjang dengan keadaan tanah yang agak kecil saya telah mengubah PELAN BANGLO IDAMAN kepada banglo tradisional tinggi dengan kata lain RUMAH BERTIANG TINGGI. ( Disini ada ketegegangan komunikasi saya dan suami heheheh) Mujurlah suami memahami kehendak isteri......He He He. Alhamdulillah Pelan LULUS MDK pada 14.09.2015.
Hasil perbincangan dengan suami dan beberapa kali pindaan, akhirnya inilah bentuk pandangan banglo idaman kami iaitu Rumah Bertiang Tinggi.

                                      

1. PENGENALAN

Assalamualaikum,

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk saya mengabadikan perjalanan dan liku-liku dalam menguruskan "HOME SWEET HOME" saya dan suami. Alangkah bahagianya bila impian yang selama ini dipendamkan, akhirnya akan direalisasikan nanti. INSYAALLAH......Moga Allah memudahkan impian dan perjalanan pembinaan  "HOME SWEET HOME" kami.

Memandangkan saya dan suami bukanlah dari latarbelakang dalam bidang PEMBINAAN, maka banyak rujukan yang saya buat seperti membaca blog-blog berkaitan membina rumah, bertanya kepada rakan-rakan yang telah membina rumah sendiri dan saya banyak bertanya makcik dan pakcik google.Alhamdulillah dengan ada rujukan tersebut maka barulah saya dan suami berani dan yakin untuk membuat keputusan untuk menguruskan sendiri BANGLO IDAMAN kami ini.

Lokasi tapak banglo idaman saya adalah di daerah Kota Bharu. Alhamdulillah tapak rumah ini adalah pemberian hadiah dan kasih sayang dari arwah ayahanda. ( Banyak pengalaman yang diperolehi semasa urusan pindah milik tanah) Saya taknak cerita pasal urusan pecah milik tanah ini.Tapi pengalaman ini banyak mengajar saya tentang erti sabar.(Kalau ada yang nak tau pasal pecah milik tanah ini nanti saya akan kongsikan) INSYALLAH.


Gambar: Proses Membersih Tanah