Monday, 16 January 2017

20.KERJA-KERJA MEMASANG FRAME TINGKAP, PINTU UTAMA DAN PINTU FOLDING

15.01.2017

Frame tingkap, pintu utama, pintu bilik dan frame folding kayu seraya kitam yang ditempah lebih sebulan yang lalu telah siap dan sampai ke tapak rumah tepat pada masanya yang mana kerja mengikat batu bata bagi dinding tanpa frame telah hampir siap sepenuhnya. Kami menggunakan frame kayu hanya di bahagian depan sahaja untuk menampakkan ciri-ciri rumah melayu tradisi. Selebihnya kami menggunakan frame aluminium.

Update : 20.01.2017 Setelah berfikir panjang saya dan suami menggunakan semua frame kayu untuk keseluruhan rumah kami. Untuk fasa kedua frame kayu yang digunakan dari jenis kulim yang dibeli di Binjai iaitu Syarikat Haji Azmi.


 
Gambar: Salah satu frame tingkap yang siap di pasang

 
Gambar: Frame tingkap dalam proses dipasang dinding

 
Gambar: Pandangan dari bahagian sisi rumah

 
Gambar: Pandangan bahagian hadapan rumah

 
Gambar: Frame pintu utama

 
Gambar: Update 16.01.17

 
Gambar: Update 16.01.2017

 
Gambar: Update 16.01.2017

 
Gambar: Update 16.01.2017 (Pintu Folding)
 
Update : 24.01.2017 Bahagian Sisi

 
Update : 24.01.2017 Ruang Tamu

 
Update : 24.01.2017 Dapur Kering


Update : 24.01.2017 Bahagian Hadapan Bilik Utama


 Update : 24.01.2017 Bilik Utama


Update : 24.01.2017 Dapur Basah

 
Update : 24.01.2017 Bilik Solat
 

Saturday, 14 January 2017

19. KERJA-KERJA MENGIKAT BATA

13.01.2017

Seminggu tidak melawat tapak banglo idaman. Namun Alhamdulillah progress kerja-kerja pembinaan berjalan seperti yang dirancang. Kerja-kerja mengikat bata berjalan dengan lancar memandangkan cuaca pada masa kini adalah baik dan bahan-bahan yang diperlukan mencukupi. Untuk banglo idaman ini,kami telah membeli  sebanyak 30 pallet bata dan pada setiap pallet ada 500 keping biji bata.

 
Gambar: Sudut ruang tamu hadapan


 
Gambar: Sudut ruang dapur kering dan basah

 
Gambar: Sudut bahagian belakang bilik

Monday, 9 January 2017

18.PROSES MENYIAPAKAN LANTAI RUANG HADAPAN

07/01/2017

Alhamdulillah progress rumah berjalan dengan lancar.Hari ini sebanyak 3 buyung setengah digunakan untuk kerja kerja pelantaian bahagian depan rumah dan untuk kerja kerja 2 tiang utama banglo idaman kami.Selepas kerja kerja ini selesai,kerja kerja untuk mengikat bata akan bermula.Orang cakap bila kerja-kerja mengikat bata bermula progress pembinaan akan semakin laju.Insyallah tempoh pembinaan adalah mengikut perancangan.
 
 
 
 
Gambar: Lori yang membawa simen bancuh atau nama lain simen buyung.
 
Memandangkan banglo idaman saya adalah jenis bertiang tinggi, maka khidmat kren adalah diperlukan untuk megangkat simen bancuh yang dibeli ke ruang yang ingin disiapkan.Kami menyewa kren tersebut seharian dengan kadar RM 450/Sehari.
 
Gambar: Kren Yang Digunakan
 
 
Gambar: Simen Siap Bancuh Dimasukan Ke Dalam Tiang Utama
 
 
 
Gambar: Kerja-Kerja Menyemin Pelantaian Menggunakan Simen Bancuh
 
Pada hari yang sama jugak, Alhamdulillah frame tingkap dan pintu yang telah ditempah telahpun siap. Kami menempah frame ini di Wakaf Che Yeh. Banyak tempat yang telah kami tanya, akhirnya saya memilih kilang En. Azham di Kg. Ijik Wakaf Che Yeh kerana harga nya yang rendah berbanding tempat lain dan mutu buatannya amat kami berpuas hati. Jenis kayu yang kami pilih adalah jenis Seraya Kitam.
 
Memandangkan harga frame kayu adalah tinggi berbanding penggunaan frame aluminium dan buget saya adalah terhad, saya dan suami mengambil keputusan untuk menggunakan frame kayu hanya dibahagian hadapan rumah sahaja dan bahagian pintu bilik sahaja.Selebihnya kami akan menggunakan frame aluminium.

 
 
SENARAI FRAME KAYU YANG DITEMPAH:
-------------------------------------------------------------
1 x Pintu Utama                            RM 566.00
4 x Tingkap Labuh                        RM 411.00
1 x Pintu Folding 3 Dapur            RM 465.00
2 x Tingkap L-Shape                    RM 264.00
4 x Pintu Bilik                              RM 133.00
 
 
 
  Gambar: Sebahagian Frame Tingkap Dan Pintu
 
 
Pada hari tersebut juga, batu bata yang hendak digunakan untuk mengikat dinding telah pun sampai di tapak pembinaan. Sebanyak 30 pallet bersamaan 15 000 bata yang akan digunakan untuk membina dinding nanti

 

 
 
 

 

Monday, 2 January 2017

17. STATUS TERKINI PEMBINAAN BANGLO IDAMAN

02.01.2017 Sekali lagi hujan lebat dan banjir melanda bahagian pantai timur semenanjung. Pembinaan rumah terhenti seketika. Kalau mengikut perkiraan tukang, minggu ini adalah minggu untuk mengikat bata.(huhuhuhhuhuhuhuu).

Oleh kerana sekolah telah pun bermula  saya dan suami tidak dapat meng 'update'perkembangan setiap hari. Hanya hari jumaat sabtu je boleh ke tapak banglo idaman kami.

16.PERKEMBANGAN SEHINGGA 29 DISEMBER 2016

26.12.2016 Sehingga tarikh tersebut progress pembinaan banglo idaman saya ada lah mengikut progress.Sebanyak 14 tiang telah dinaikan.Walaupun sekarang adalah musim banjir di pantai timur namun pekerja pekerja bertungkus lumus untuk menyiapakan mengikut perancangan dan diikuti dengan proses kerja perlantaian bahagian depan rumah.



                                          Gambar: Bahagian tiang yang disiapkan


                                           Gambar: Sebahagian gambar bahagian depan rumah

Selesai bahagian depan rumah, saya dan suami dapat melihat bahagian depan untuk dijadikan tangga utama banglo idaman ini. Oleh kerana banglo idaman kami adalah rumah bertiang tinggi, banyak segi aspek yang perlu difikirkan. Saya dan suami tak nak tangga yang tak mesra pengguna. Tak nak kecerungan tangga terlampau cerung dan tinggi. Oleh itu saya dan suami telah berbincang dengan tukang,  nanti keadaan tangga adalah berbeza sikit dengan keadaan plan asal. So tunggu dan lihat je lah nanti macamana kejadian tangga banglo idaman kami nanti.

                               Gambar: Muka Hadapan Untuk Dijadikan Tangga Utama

                        Gambar: Tukan Sedang Mengukur Bahagian Untuk DiJadikan Tangga