Tuesday, 6 December 2016

15: KERJA-KERJA PELANTAIAN


06.12.2016 Saya tidak pandai nak menceritakan step step dalam pembinaan rumah idaman saya. Almaklumlah saya bukan dari bidang pembinaan. Cuma apa yang mampu saya ceritakan adalah melalui gambar-gambar. Sebab itulah saya seboleh-bolehnya hendak ke tapak pembinaan setiap hari, untuk merakamkan perkembangan pembinaan rumah idaman saya ini.💕💕 Jom kita tengok apa lagi perkembangan yang berlaku pada rumah idaman saya dan suami saya ini. Kali ini untuk mengambil gambar ini saya terpaksa memanjat tangga sementara.......


 
Gambar: Perkerja sedang meyediakan playwood
            untuk dijadikan base sementara lantai

 

 
Gambar: Pekerja sedang memaku playwood
untuk pelantaian.


                                               Gambar: Tingginya lantai rumah kami.

 
 
Gambar. Pemandangan dari sisi menunjukan
balkoni ruang keluarga


                                               Gambar: Slot-slot ruang rumah idaman kami.

                                     
                                         Gambar: Bos besar dan bos kecil melawat kawasan


14.STATUS KEMAJUAN PROJEK PEMBINAAN (LANTAI)

 
 
 
 
01/12/2016: Syukur cuaca baik pada hari ini. Maka kerja-kerja pembinaan rumah idaman berjalan seperti biasa.Kemajuan pembinaan untuk kali ini adalah membina pelantaian. Memandangkan rumah idaman kami adalah rumah jenis tinggi banyak kayu dan 'stagging' digunakan. Dan ini menggunakan kos yang lebih. Saya dan suami 
 





 

13. CONTOH RUMAH BERTIANG TINGGI

Memandangkan tak ada apa yang perlu saya update tentang progress pembinaan rumah idaman saya ( dah musim banjir/hujan huk huk huk), saya nak kongsi sedikit gambar gambar rumah bertiang tinggi hasil dari pakcik google  dan pencarian di kawasan sekitar. Oh ya di kelantan kebanyakan kawasan tumpat,kota bharu ramai yang membina rumah tinggi. Ini kerana kawasan ini merupakan kawasan yang selalu naik air apabila hujan.






10. PROSES MEMBINA GROUND BEAM

Memandangkan saya hanya melihat pogress pembinaan rumah idaman saya ini seminggu sekali sahaja, tidak banyak gambar yang dapat saya snap,dan gambar untuk progress pembinaan ground beam ni banyak yang ter skip. Jom kita lihat macamana rupa ground beam rumah idaman saya ini.

Kerja- kerja membina ground beam di tapak rumah mula berjalan. Selepas kerja memotong, membengkok dan mengikat besi untuk ground beam selesai dibuat, besi terlebih dahulu diletak, disusun dan diikat sebagaimana pelan lantai rumah. Kemudian formwork digunakan untuk membentuk acuan ground beam sebelum kerja konkrit dilakukan.


                                Gambar:Formwork untuk digunakan semasa membuat ground beam
Gambar: Separuh Ground Beam Telah Siap

 
 

Gambar: Keseluruhan Ground Beam
 



Gambar: Ground Beam Yang Telah Siap Dikonkrit